Search This Blog

Wednesday 28 December 2011

Globalisasi kesan kepada Wanita

Globalisasi membawa kesan-kesan begitu negatif kepada kaum wanita dan kanak-kanak sehingga beberapa orang pengulas berkata bahawa 'globalisasi adalah sama dengan kaum lelaki'. Antara kesan yang dialami oleh kaum wanita adalah perkhidmatan awam mereka dipotong dan mereka terpaksa menjaga mereka yang sakit, kurang bernasib baik dan saudara mara yang tua sambil mencari pendapatan. 


Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, globalisasi boleh juga dikatakan sama dengan wanita. Hal ini demikian kerana peluasan kapitalisme ke merata dunia telah bergantung kepada kemasukan berjuta-juta orang perempuan ke dalam tenaga kerja yang secara tradisional telah bergantung kepada suami-suami dan saudara lelaki. Globalisasi telah membawa kesan-kesan yang bercanggah bagi kaum wanita. Mereka yang menyamakan globalisasi dengan jantina lelaki memang betul untuk menunjukkan cara peranan wanita dalam pengeluaran dan keluarga bermaksud mereka mengalami kesengsaraan yang lebih akibat agenda noe-liberal, tetapi hal itu hanyalah sebahagian daripada ceritanya.


Hal ini juga telah membawa kebebasan bagi kaum wanita terutamanya bagi mereka yang hidup di negara-negara konservatif seperti Indonesia, Ireland dan Thailand, di mana kaum wanita dapat hidup dengan bebas, dari segi ekonomi, dari kaum lelaki dan sekurang-kurangnya mempunyai pilihan terhad dalam kehidupan peribadi mereka. 


Akhirnya dengan membawa kaum wanita ke dalam tenaga kerja globalisasi telah memberikan kaum wanita kuasa yang tidak dipegang pada masa dahulu, iaitu kuasa untuk mengakhiri sistem yang menjana kemiskinan, pengeksploitasian dan penindasan.

Thursday 22 December 2011

Bukit Bintang sebagai Global Village

Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai kawasan Segi Tiga Emas, salah satunya adalah Bukit Bintang. Bukit Bintang merupakan sebuah bandar raya terulung yang mempunyai ekonomi berorentasikan perdagangan.

Bukit Bintang ini dikategorikan oleh masyarakat setempat sebagai sebuah tempat dalam proses untuk mencapai tahap bandaraya global dari segi imej yang ditampilkan oleh Kuala Lumpur umumnya dan Bukit Bintang khususnya bagi memerihalkan mengenai imej global Kuala Lumpur ke tahap yang efisien di Bukit Bintang.

  
Imej yang dibawa oleh Kuala Lumpr telah menyerap sepenuhnya ke kawasan Bukit Bintang, ianya dapat dilihat dari segi latarbelakang, tenaga  profesional, taraf penduduk dan kepercayaan atau ideologi yang sama telah membawa kepada keefisienan Bukit Bintang. 

 
 Keefisienan Bukit Bintang sangat menitikberatkan faktor-faktor fizikal seperti kemudahan pengangkutan awam, 

kemudahan tempat membeli-belah

 
dan kemudahan hiburan.

Sunday 18 December 2011

Media Global dan Muzik

Muzik televisyen MTV yang dapat menembusi lebih daripada 100 buah negara dengan penonton dianggarkan sekitar 340 juta isirumah (McPhail, 2002). Industri muzik adalah satu industri yang besar yang dianggarkan mempunyai jumlah jualan sebanyak US$40 billion setahun. 5 syarikat utama yang mendominasikan industri ini adalah Vivendi Universal Music Group (Perancis), Sony Music (Jepun), EMI group (United Kingdom), Warner (Amerika Syarikat) dan Bertelsmann (Germany).

           Perkembangan MTV adalah satu fenomena yang tidak asing lagi pada zaman sekarang. Muzik diadun dengan visual video telah menarik ramai penonton sasarannya yang berumur di antara 12 tahun hingga 34 tahun. Siaran MTV yang disiarkan 24 jam sehari 7 hari seminggu dipancarkan melalui satelit seluruh dunia. Penonton dapat menikmati muzik yang disiarkan serentak dengan penonton di tempa lain. Bagi menarik lagi penonton untuk menonton, MTV telah mewujudkan jenama tempatan seperti MTV Asia MTV India, MTV Europe, MTV Mandarin dan  MTV Latino. Program ini telah diberi nafas baru  tetapi kebanyakan disiarkan masih lagi lagu-lagu barat atau setidak-tidaknya irama barat dengan lirik tempatan. Dalam konteks ini MCPhail (2002) menyatakan bahawa MTV bukan sahaja menyebarkan muzik kegemaran remaja sahaja tetapi juga mempengaruhi ekonomi global serta corak budaya popular global. 

Sebagai contoh  
 K-POP
1 singkatan pop Korea atau muzik popular Korea. Satu genre muzik yang terdiri daripada electropo tarian, hip hop, rock dan R&B muzik yang berasal di Korea Selatan.  Di samping itu, muzik K-Pop telah berkembang menjadi satu cabang kebudayaan yang pupular dalam kalangan remaja dan dewasa muda di seluruh dunia, menyebabkan minat yang meluas dalam fesyen dan gaya penyanyi kumplan K-Pop
seperti Super Junior

Maher Zain juga ada cerita yang dapat kita bincangkan mengenai pengaruhnya terhadap ekonomi global serta corak budaya popular global.












             Maher Zain lahir 16 Mac, 1981 di Tripoli, Lubnan Islam Sweden R & B penyanyi, pencipta lagu dan pengeluar muzik yang berasal dari Lubnan. Album sulungnya adalah Thanuk You Allah, album di peringkat antarabangsa yang berjaya dengan pengaruh agama Islam yang kukuh, telah dikeluarkan pada tahun 2009. Maher Zain mencipta fenomena baru di mana seluruh dunia menerima lagu-lagu beliau yang lebih ke arah keagamaan. Sehinggankan beliau merakamkan salah satu lagu hits beliau iaitu Insyallah telah dirakamkan dalam versi Bahasa Melayu. Hal ini membuktikan bahawa perjuangan beliau dalam mendakwah melalui lagu dan nyanyian amat-amat mempengaruhi masyarakat di Malaysia dan tidak lupa diseluruh dunia juga.


          Dari sudut antoropologi, keperluan muzik kepada kehidupan manusia amat tinggi, dan muzik menjadi elemen penting dalam kehidupan tradisi bagi smeua kaum. Hal ini bermaksud masyarakat Asia, muzik kuasa ada kuasa mistiknya apabila cara ritual mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan muzik.



Thursday 8 December 2011

Masyarakat Global Bermaklumat

Masyarakat bermaklumat
Masyarakat yang menguasai teknologi ICT dan mengguna ICT untuk keperluan hidup. Keperluan yang dimaksudkan adalah maklumat dan ilmu pengetahuan. Masyarakat yang mempunyai medium berkomunikasi tidak kira masa, tempat dan waktu.


Masyarakat pengetahuan
Masyarakat yang lebih maju daripada masyarakat bermaklumat. Keperluan utama bukan sahaja menguasai ICT dan maklumat, tetapi menguasai ilmu pengetahuan untuk keperluan hidup yang lebih mampan. Kebenaran dan faedah maklumat serta ilmu pengetahuan menjadi perkara utama. Pengetahuan bernilai dan beretika menjadi agenda utama kehidupan.


Persoalan yang timbul 
dimanakah kedudukan kita sebagai mahasiswa pada zaman globalisasi ini???



Friday 2 December 2011

Globalisasi Barat dan Islam

Globalisasi bukan satu fenomena baru dalam sejarah pembinaan tamadun manusia. Globalisasi sudah bermla dalam era penjajahan dan imperialisme Barat pada sekitar tahun 1500 dan juga dalam era tamadun Islam menguasai dunia. Globalisasi dalam Islam menonjol dalam 4 bidang, iaitu:
a) bidang ekonomi(perdagangan)
b) bidang agama
c) bidang sains dan teknologi
d  bidang ilmu
Bukan suatu perkara yang mustahil jika Islam muncul sebagai pencetus dan penggerak utama globalisasi pada masa lampau atau pada bila-bila masa. Islam mempunyai semangat globalisme dan melihat segala persoalan kemanusiaan dari perspektif global (Mohammad Shabri Abd. Majid, 2002)

 Globalisasi Barat mengamalkan kapitalisme

Globalisasi Islam lebih kepada keadilan dan kemakmuran bersama
Jika diteliti secara mendalam, globalisasi sekarang merupakan jelmaan terakhir sistem ekonomi kapitalis yang bertunjangkan dan berlandaskan prinsip dan nilai-nilai yang sebahagian besarnya bertentangan dengan prinsip Islam (Mohd Ridwan Wahab, 2002). Punca utama globalisasi membawa banyak kesan negatif dalam pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat ialah sifat dan ciri fenomena kapitalisme global yang menjadi teras dan tumpuan dimensi globalisasi berkenaan. Kapitalisme menekankan idea dan amalan perdagangan bebas, liberalisasi pasaran kewangan dan pengaliran bebas modal tetapi nampaknya konsep kebebasan dan liberalisasi yang difahami dan diamalkan ini bebas dari nilai murni yang diperjuangkan oleh Islam dan agama-agama lain. Globalisasi ekonomi dalam Islam juga mengamalkan pasaran dan perdagangan bebas tetapi amalan itu berdasarkan nilai-nilai kerohanian dan moral seperti keadilan dan kemakmuran bersama.

Thursday 1 December 2011

Globalisasi | saling bergantungan


adakah hanya dengan satu lukisan dapat menyampaikan sesuatu yang ingin sampaikan???
Jika Ya, kenapa?
Jika Tidak, kenapa? 
Lukisan tersebut saya dapat daripada 

Melalui pemerhatian saya serta kefahaman saya, saya berpendapat bahawa lukisan ini menggambarkan perhubungan atau jaringan seluruh dunia dengan erti kata lain, saling bergantungan antara satu sama lain. Sebagai contoh melalui aspek ekonomi, pelabur dari negara maju akan mencari peluang di negara yang berpotensi untuk melabur, maka mereka akan melabur ke negara yang sedang membangun kerana disitu memang banyak peluang yang akan mereka perolehi. Selain itu, melalui aspek migrasi pula, migrasi bebas membenarkan individu mencari peluang pekerjaan terutama sekali di kawasan yang mempunyai kekurangan tenaga buruh. Oleh itu, mereka yang duduk di negara mundur akan bermigrasi mencari pekerjaan ke negara yang mempunyai peluang pekerjaan seperti di negara sedang membangun dan negara maju. Hal ini jelas menunjukkan konsep saling bergantungan antara satu sama lain.

Berikan pandangan anda pula mengenai lukisan tersebut di ruangan bawah ini

Monday 14 November 2011

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Pada abad ke-21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi pemangkin utama proses pengglobalisasian dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Hal ini kerana kesan globalisasi juga akan meminggirkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini demikian bahawa para pelajar mudah mendapatkan maklumat melalui internet, maklumat yang diperolehi itu sebahagian besarnya dalam Bahasa Inggeris. Hal ini secara langsung mengakibatkan bahasa melayu akan dipinggirkan sebagai bahasa ilmu dan tidak hairan bahasa melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa melayu akan terbantut.

Selain itu, globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk pelajar mahupun menubuhkan cawangan universiti mereka di negara Malaysia. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikan Malaysia sebagai  Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Penubuhan cawangan oleh universiti luar di negara kita merupakan satu persaingan yang sihat, namun IPT tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Para pelajar sudah tentu memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Fenomena inilah yang berlaku dalam kalangan graduan IPT di luar negara menjadi graduan kelas kedua. Contoh yang ada sekarang ini jelas menggambarkan bahawa kemahiran yang ada pada mereka digunakan secara negatif seperti pecah amanah dan memindahkan duit orang lain ke dalam akaun sendiri.

Kesimpulanya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisais kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita harus bersedia menghadapi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...