Search This Blog

Sunday, 16 October 2011

Kesan Liberalisasi dan Globalisasi di Malaysia

 Liberalisasi Perdagangan
a) Pengalaman Malaysia adalah positif, disebabkan oleh dasar ekonomi terbuka Malaysia
b) Nilai perdagangan dunia semasa telah bertambah 16 kali ganda berbanding pada tahun 1950.
c) Malaysia telah memperolehi keuntungan dari proses liberalisasi perdagangan dunia
     -pertumbungan ekonomi malaysia adalah ekoran dari pertumbuhan eksport negara.
d) sebagai sebuah negara yang kecil, Malaysia bergantung kepada pasaran luar negara.

Liberalisasi Aktiviti Pelaburan
a) Malaysia telah mengambil kesempatan dari proses awal globalisasi dalam industri elektronik
     -kawasan perdagangan bebas
     -menyediakan suasana yang liberal bagi operasi syarikat-syarikat antarabangsa
     -Pulau Pinang Free Trade Zone
b) Pertumbuhan sektor ini menyumbang kepada:
    - peningkatan dalam eksport
    - pembangunan ekonomi negara

Sumbangan FDI kepada Malaysia
a) perubahan struktur ekonomi negara daripada barangan yang berasaskan komoditi kepada barangan berasaskan teknologi maklumat

b) perubahan struktur eksport kepada barang-barang pembuatan

c) pembangunan industri-industri sampingan, perkhidmatan dan pertumbuhan kawasan-kawasan perbandaran yang baru

d) Penyediaan peluang-peluang pekerjaan


Sunday, 9 October 2011

Strategi Menangani Globalisasi dan Persaingan

Bagi menangani globalisasi dan persaingan, banyak bergantung kepada keupayaan kita memanfaatkan ilmu pengetahuan dan maklumat. Di antara competencies yang perlu ada pada setiap pengurus adalah:

 one act could be the difference

a) Global awareness
Pengurus mesti mempunyai pengetahuan dan maklumat tentang perubahan-perubahan yang berlaku di dunia. Manager also must be able to make sense of the  complexity prevailing in the world arena. This is only possible if we are mindful of the changes. Mindlessness and focus on routine will take us on where. Oleh itu, pengurus perlu mempunyai competitive mind iaitu mempunyai keupayaan untuk bersaing serta mempunyai visi mengenai standard-standard apa yang hendak dikecapi. 

b) International strategies
Seorang pengurus mestilah mempunyai visi untuk masa hadapan yang jelas. Hal ini demikian bahawa bagi membentuk strategi-strategi persaingan yang baik, pengurus mestilah mempunyai satu bentuk frame of mind supaya pendekatan yang diambil adalah tepat. Tambahan lagi, banyak keputusan yang perlu dibuat dalam pelbagai situasi dimana time pressure are important.

c) International negotiation skills
Seorang pengurus mestilah mempunyai kemahiran dalam perundingan di peringkat antarabangsa. Melalui kemahiran ini, kita dapat memastikan organisasi dan negara mendapat faedah, sekiranya kita tidak mempunyai kemahiran dalam perundingan sudah tentu pihak lain akan mengambil kesempatan serta mendapat lebih faedah daripada apa yang kita perolehi.

d) Internationa marketing
Mempunyai pengetahuan serta kefahaman yang mendalam mengenai kaedah yang diamalkan dalam pasaran yang berbentuk global. Hal ini demikian bahawa syarikat-syarikat yang bertaraf dunia mengambil pendekatan pemasaran yang agresif seperti pengiklanan, melobi, kaedah pemasaran terus dan jaminan selepas penjualan (warranties). Oleh itu, pengurus mestilah mempunyai keupayaan untuk terus mencari pasaran-pasaran serta berupaya menarik para pelabur baru.

e) International Finance
Seseorang pengurus perlu memahami serta mempunyai kebolehan untuk menggunakan kesempatan dan peluang yang boleh diperolehi daripada pasaran kewangan antarabangsa. Hal ini bertujuan kerana pengurus perlu memahami mekanisma tertentu seperti exchange rate, pengurusan cash flow dan pengurusan sumber kewangan terutama sekali diperingkat antarabangsa.

 f) Cultural empathy
Globalisasi dalam perdagangan antarabangsa memerlukan pengurus beinteraksi dengan banyak pihak dari pelbagai latarbelakang budaya. Oleh itu, pengurus mestilah mampu memahami pelbagai budaya yang berlainan. Oleh itu, kemahiran dalam bahasa-bahasa asing memberi kelebihan kepada pengurus. Syarikat-syarikat terkemuka di Amerika Syarikat sebagai contoh, menetapkan dasar bahawa pengawai-pegawai yang akan berkhidmat di luar negara mesti mengikut kursus-kursus khas bagi membiasakan mereka dengan latarbelakang dan keadaan politik, sosial dan budaya negara berkenaan.



Sunday, 2 October 2011

Globalisasi dalam Abad ke-21

Satu isu yang sering dibincangkan dalam abad ke-21 ini adalah globalisasi dan persaingan. Menurut Rosabeth Moss Kanter globalisasi adalah "process of change stemming from combination of increasing cross-border activity and information technology enabling virtually instantaneous communication wolrdwide. And it promise to give everyone everywhere acess to the world's best". Ini bermaksud bahawa globalisasi adalah satu proses untuk menjelaskan mengenai kegiatan serta interaksi ekonomi, sosial dan politik tanpa mengambil kira persempadan politik sesebuah negara. 


Globalisasi membawa peluang dan cabaran
Sesebuah negara yang ingin terus maju haruslah berusaha menjadi sebahagian daripada ekonomi antarabangsa bukan sahaja dari aspek perdagangan dan pelaburan malah dalam pelbagai aktiviti yang lain. Proses ini bukan sahaja penting tetapi suatu yang tidak dapat dielakkan lantaran persempadanan pasaran dan ekonomi dunia yang semakin mengecil membolehkan faktor-faktor pengeluaran bergerak mudah merentasi sempadan goe-politik negara. Hasilnya adalah persaingan, pengeluaran, kawalan pasaran dan pengurusan turut menjadi global pada dasarnya. 

Globalisasi ekonomi dunia dalam bidang perdagangan, kewangan, teknologi, perburuhan dan pengurusan mempunyai implikasi yang besar terhadap sesebuah negara. Ekonomi dunia hari ini mencorakkan suatu keadaan dimana wujudnya peningkatan terhadap pergantungan pasaran asing bagi jualan barangan domestik, pergerakan pesat tabungan modal yang merentasi batasan geo-politik dan meningkatkan migrasi buruh daripada sebuah negara ke negara yang lain.  Batasan geografi turut mengecilkan menerusi kemajuan teknologi komunikasi, pengangkutan dan pemerosesan maklumat. Di mulakan dengan kepesatan aliran maklumat, peningkatan teknologi dan peralatan komunikasi yang kian canggih, kini kita boleh mengetahui tentang apa yang telah berlaku dibahagian-bahagian lain dunia dalam tempoh beberapa minit.








Pendahuluan

Melalui penulisan saya mengenai globalisasi ini, saya akan merujuk kepada sebuah buku yang bertajuk 

"Globalization in the 21st Century
Labor, Capital, and the State on a World Scale."
Muka hadapan buku tersebut

             Buku ini diedit sepenuhnya oleh Berch Berberoglu, namum begitu beliau dibantu oleh beberapa penyumbang idea dalam memberi pandangan dan pendapat melalui hujahan mereka melalui artikel-artikel yang mereka tulis, seperti Jan Nedervence Pieterse, Alan Spector, James Petras, Henry Veltmeyer, Johnson Makoba, Alvin So, Lourdes Beneria and Marty Orr. Termasuklah Albert J. Szymanski, James Petras, Larry Reynolds, Blain Stevenson, Richard Dello Buono dan ramai lagi. Mereka ini pula memberi peranan dalam membantu B. Berbeoglu untuk memberi rangsangan melalui kritikan semasa mereka berbincang tentang isu-isu globalisasi.

                  Tambahan lagi, buku ini mempunyai 10 bab yang mengisahkan tentang isu-isu globalisasi dalam abad ke-21. Secara umumnya, setiap bab ini mengupas tentang impak yang berlaku kesan daripada globalisasi. Oleh itu, untuk penulisan yang seterusnya akan membincangkan tentang globalisasi dalam abad ke-21.

                    


Monday, 19 September 2011

KEPENTINGAN MENGUASAI ILMU PELBAGAI BIDANG DALAM ERA GLOBALISASI


Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan perlu diberikan perhatian utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan zaman telah membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, semua orang hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti kata-kata hikmat, “Ilmu pelita hidup”. Jadi, semua orang khususnya para remaja hendaklah menggunakan masa ketika muda ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mungkin. Dengan adanya ilmu, sudah tentu seseorang itu akan mendapat manfaat yang banyak terutamanya dalam era globalisasi ini.

Dengan adanya ilmu, seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan manusia hari ini. Ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini, contohnya telefon bimbit, komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi. Jadi, pada masa akan datang sudah pasti budaya yang mementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.

Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin kompleks dan bercorak global. Perkara ini demikian kerana, dalam era globallisasi, k-ekonomi merupakan trend baru dalam perniagaan. Jadi, ekonomi yang berasaskan pengetahuan sudah menguasai dunia perniagaan pada masa ini. Oleh itu, jika seseorang tidak dapat mengikut arus k-ekonomi ini, sudah pasti orang itu akan ketinggalan zaman iaitu, seperti katak di bawah tempurung dan pastinya akan gagal untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan pada masa ini.

Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri dan negaranya sendiri. Hal ini demikian kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini. Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah negara kita akan tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain. Jadi, seperti kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, para pemimpin juga perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi maklumat dan komunikasi.

Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan melahirkan masyarakat yang proaktif. Perkara ini demikian kerana, masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa. Sebagai contohnya, seseorang yang berfikir secara positif sudah tentu akan menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan bukannya halangan untuk mencapai objekifnya. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan budaya yang sentiasa dahaga akan ilmu dan menjadikan budaya pembelajaran sepanjang hayat atau “life long learning” sebagai amalan dalam kehidupan.

Oleh itu, ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia perlulah diberikan perhatian oleh semua orang. Dengan berdasarkan ungkapan itu, janganlah kita suka membuang masa kerana masa itu emas dan masa tidak akan menunggu kita. Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan bijaksana, sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian. Jadi, gunakanlah masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang teknologi maklumat yang sentiasa berubah hampir setiap hari.

Thursday, 15 September 2011

KEMERDEKAAN DALAM ERA GLOBALISASI

APA ITU GLOBALISASI
Satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.

APA ITU KEMERDEKAAN
Membebaskan diri daripada cengkaman kuasa seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.

Setiap tahun rakyat Malysia akan menyambut Hari Kemerdekaan dan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan berlangsung pada hari esok bersamaan dengan 16 September 2011 bersempena dengan Hari Malaysia. Namun persoalanya adakah kita benar-benar merdeka di era globalisasi ini...?

Secara umumnya, rakyat Malaysia hanya merdeka atas nama sahaja, tetapi tidak merdeka dalam pelbagai aspek, khususnya dalam era globalisasi ini. Sebagai contoh, rakyat Malaysia tersepit dengan pemikiran dan pandangan orang barat, rata-rata mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi takut untuk mengeluarkan idea dan hujah masing-masing khususnya di persada antarabangsa. Mereka hanya mampu mendengar dan mengikut sahaja.

Di samping itu, budaya turut menjadi persoalan dalam isu globaliasasi di negara yang sudah 54 tahun mengecapi kemerdekaan, sebagai contoh  budaya fesyen, bahasa dan hiburan. Rata-rata generasi kini tidak mahu melepaskan peluang untuk mengikut trend yang dibawa oleh orang eropah. Antara fesyen pakaian yang digemari diseluruh dunia adalah seperti seluar Jean Levis, Pierre Cardin dan Yves Saint Laurent. Sekiranya mereka tidak mengikuti fesyen seolah-olah mereka masih hidup dibawah tempurung. Rakyat Malaysia juga segan untuk mempertahankan pemakaian baju kurung untuk kehidupan seharian mereka, mereka hanya memakai baju kurung dan baju melayu apabila menyambut hari raya dan menghadiri majlis keramaian sahaja.

Benarkah Malaysia sudah merdeka sepenuhnya...? Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Malaysia....1 MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...