Search This Blog

Sunday 2 October 2011

Globalisasi dalam Abad ke-21

Satu isu yang sering dibincangkan dalam abad ke-21 ini adalah globalisasi dan persaingan. Menurut Rosabeth Moss Kanter globalisasi adalah "process of change stemming from combination of increasing cross-border activity and information technology enabling virtually instantaneous communication wolrdwide. And it promise to give everyone everywhere acess to the world's best". Ini bermaksud bahawa globalisasi adalah satu proses untuk menjelaskan mengenai kegiatan serta interaksi ekonomi, sosial dan politik tanpa mengambil kira persempadan politik sesebuah negara. 


Globalisasi membawa peluang dan cabaran
Sesebuah negara yang ingin terus maju haruslah berusaha menjadi sebahagian daripada ekonomi antarabangsa bukan sahaja dari aspek perdagangan dan pelaburan malah dalam pelbagai aktiviti yang lain. Proses ini bukan sahaja penting tetapi suatu yang tidak dapat dielakkan lantaran persempadanan pasaran dan ekonomi dunia yang semakin mengecil membolehkan faktor-faktor pengeluaran bergerak mudah merentasi sempadan goe-politik negara. Hasilnya adalah persaingan, pengeluaran, kawalan pasaran dan pengurusan turut menjadi global pada dasarnya. 

Globalisasi ekonomi dunia dalam bidang perdagangan, kewangan, teknologi, perburuhan dan pengurusan mempunyai implikasi yang besar terhadap sesebuah negara. Ekonomi dunia hari ini mencorakkan suatu keadaan dimana wujudnya peningkatan terhadap pergantungan pasaran asing bagi jualan barangan domestik, pergerakan pesat tabungan modal yang merentasi batasan geo-politik dan meningkatkan migrasi buruh daripada sebuah negara ke negara yang lain.  Batasan geografi turut mengecilkan menerusi kemajuan teknologi komunikasi, pengangkutan dan pemerosesan maklumat. Di mulakan dengan kepesatan aliran maklumat, peningkatan teknologi dan peralatan komunikasi yang kian canggih, kini kita boleh mengetahui tentang apa yang telah berlaku dibahagian-bahagian lain dunia dalam tempoh beberapa minit.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...