Search This Blog

Monday, 14 November 2011

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Pada abad ke-21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi pemangkin utama proses pengglobalisasian dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Hal ini kerana kesan globalisasi juga akan meminggirkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini demikian bahawa para pelajar mudah mendapatkan maklumat melalui internet, maklumat yang diperolehi itu sebahagian besarnya dalam Bahasa Inggeris. Hal ini secara langsung mengakibatkan bahasa melayu akan dipinggirkan sebagai bahasa ilmu dan tidak hairan bahasa melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa melayu akan terbantut.

Selain itu, globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk pelajar mahupun menubuhkan cawangan universiti mereka di negara Malaysia. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikan Malaysia sebagai  Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Penubuhan cawangan oleh universiti luar di negara kita merupakan satu persaingan yang sihat, namun IPT tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Para pelajar sudah tentu memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Fenomena inilah yang berlaku dalam kalangan graduan IPT di luar negara menjadi graduan kelas kedua. Contoh yang ada sekarang ini jelas menggambarkan bahawa kemahiran yang ada pada mereka digunakan secara negatif seperti pecah amanah dan memindahkan duit orang lain ke dalam akaun sendiri.

Kesimpulanya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisais kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita harus bersedia menghadapi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...