Globalisasi membawa kesan-kesan begitu negatif kepada kaum wanita dan kanak-kanak sehingga beberapa orang pengulas berkata bahawa 'globalisasi adalah sama dengan kaum lelaki'. Antara kesan yang dialami oleh kaum wanita adalah perkhidmatan awam mereka dipotong dan mereka terpaksa menjaga mereka yang sakit, kurang bernasib baik dan saudara mara yang tua sambil mencari pendapatan.
Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, globalisasi boleh juga dikatakan sama dengan wanita. Hal ini demikian kerana peluasan kapitalisme ke merata dunia telah bergantung kepada kemasukan berjuta-juta orang perempuan ke dalam tenaga kerja yang secara tradisional telah bergantung kepada suami-suami dan saudara lelaki. Globalisasi telah membawa kesan-kesan yang bercanggah bagi kaum wanita. Mereka yang menyamakan globalisasi dengan jantina lelaki memang betul untuk menunjukkan cara peranan wanita dalam pengeluaran dan keluarga bermaksud mereka mengalami kesengsaraan yang lebih akibat agenda noe-liberal, tetapi hal itu hanyalah sebahagian daripada ceritanya.
Hal
ini juga telah membawa kebebasan bagi kaum wanita terutamanya bagi
mereka yang hidup di negara-negara konservatif seperti Indonesia,
Ireland dan Thailand, di mana kaum wanita dapat hidup dengan bebas, dari
segi ekonomi, dari kaum lelaki dan sekurang-kurangnya mempunyai pilihan
terhad dalam kehidupan peribadi mereka.
Akhirnya dengan membawa kaum
wanita ke dalam tenaga kerja globalisasi telah memberikan kaum wanita
kuasa yang tidak dipegang pada masa dahulu, iaitu kuasa untuk mengakhiri
sistem yang menjana kemiskinan, pengeksploitasian dan penindasan.
No comments:
Post a Comment