Search This Blog

Friday 2 December 2011

Globalisasi Barat dan Islam

Globalisasi bukan satu fenomena baru dalam sejarah pembinaan tamadun manusia. Globalisasi sudah bermla dalam era penjajahan dan imperialisme Barat pada sekitar tahun 1500 dan juga dalam era tamadun Islam menguasai dunia. Globalisasi dalam Islam menonjol dalam 4 bidang, iaitu:
a) bidang ekonomi(perdagangan)
b) bidang agama
c) bidang sains dan teknologi
d  bidang ilmu
Bukan suatu perkara yang mustahil jika Islam muncul sebagai pencetus dan penggerak utama globalisasi pada masa lampau atau pada bila-bila masa. Islam mempunyai semangat globalisme dan melihat segala persoalan kemanusiaan dari perspektif global (Mohammad Shabri Abd. Majid, 2002)

 Globalisasi Barat mengamalkan kapitalisme

Globalisasi Islam lebih kepada keadilan dan kemakmuran bersama
Jika diteliti secara mendalam, globalisasi sekarang merupakan jelmaan terakhir sistem ekonomi kapitalis yang bertunjangkan dan berlandaskan prinsip dan nilai-nilai yang sebahagian besarnya bertentangan dengan prinsip Islam (Mohd Ridwan Wahab, 2002). Punca utama globalisasi membawa banyak kesan negatif dalam pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat ialah sifat dan ciri fenomena kapitalisme global yang menjadi teras dan tumpuan dimensi globalisasi berkenaan. Kapitalisme menekankan idea dan amalan perdagangan bebas, liberalisasi pasaran kewangan dan pengaliran bebas modal tetapi nampaknya konsep kebebasan dan liberalisasi yang difahami dan diamalkan ini bebas dari nilai murni yang diperjuangkan oleh Islam dan agama-agama lain. Globalisasi ekonomi dalam Islam juga mengamalkan pasaran dan perdagangan bebas tetapi amalan itu berdasarkan nilai-nilai kerohanian dan moral seperti keadilan dan kemakmuran bersama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...