Search This Blog

Thursday 8 December 2011

Masyarakat Global Bermaklumat

Masyarakat bermaklumat
Masyarakat yang menguasai teknologi ICT dan mengguna ICT untuk keperluan hidup. Keperluan yang dimaksudkan adalah maklumat dan ilmu pengetahuan. Masyarakat yang mempunyai medium berkomunikasi tidak kira masa, tempat dan waktu.


Masyarakat pengetahuan
Masyarakat yang lebih maju daripada masyarakat bermaklumat. Keperluan utama bukan sahaja menguasai ICT dan maklumat, tetapi menguasai ilmu pengetahuan untuk keperluan hidup yang lebih mampan. Kebenaran dan faedah maklumat serta ilmu pengetahuan menjadi perkara utama. Pengetahuan bernilai dan beretika menjadi agenda utama kehidupan.


Persoalan yang timbul 
dimanakah kedudukan kita sebagai mahasiswa pada zaman globalisasi ini???



2 comments:

  1. Saya ingin memberi komen sedikit entri awk kali mengenai masyarakat bermaklumat & masyarakat berpengetahuan dan realitinya di malaysia. sebenarnya desakan supaya masyarakat bermaklumat atau masyarakat berpengetahuan dibangunkan
    dengan segera di Malaysia disuarakan oleh ahli politik sewaktu perbahasan Rang UndangUndang
    berkaitan dengan Koridor Raya Multimedia (MSC) iaitu Rang Undang-Undang Hakcipta (Pindaan) 1997, Rang Undang-Undang Jenayah Komputer 1997 dan Rang Undang-undang Cakera Optik 2000 di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Konsep
    masyarakat bermaklumat ini sebenarnya sudahpun digaris dalam agenda teknologi maklumat
    dan komunikasi negara (NITA) bagi mewujud masyarakat berpengetahuan, bermaklumat dan
    berbudaya ICT (Mahathir, 2001).

    Pembangunan masyarakat bermaklumat di Malaysia berpaksi kepada agenda Koridor Raya Multimedia yang memberi keutamaan tinggi kepada industri multimedia (Moore 1997)sebagai program pelaburan modal utama membangun bandaraya baru bagi menggalak dan menyokong pembentukan masyarakat bermaklumat dan industri pemprosesan maklumat
    (Moore, 2005). Ini bererti pembangunan konsep tersebut terilham apabila institusi yang
    mengendali sumber maklumat dan infrastruktur menerima kesan akibat kepesatan kemajuan
    teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

    Kewujudan Koridor Raya Multimedia, menyebabkan kerajaan Malaysia tidak menapis maklumat ke atas berita dan media massa tempatan. Aliran bebas maklumat adalah penting dalam pembentukan masyarakat bermaklumat (Suleiman, 1997). Malah masyarakat bermaklumat memerlukan kewujudan Akta Kebebasan Maklumat yang menganggap maklumat adalah sebagai satu hak asasi.

    ReplyDelete
  2. persoalan yang timbul di sini...adakah negara Malaysia mahukan rakyatnya berpengetahuan atau bermaklumat...?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...